Monday, June 1, 2009

Bersediakah kita?

Berdebarnya perasaan ini bila melangkah ke dewan peperiksaan. Semua peralatan dan bahan-bahan yang tidak berkaitan perlu diletakkan berjauhan. Yang tinggal di atas meja hanyalah alatulis dan calculator sahaja. Rakan-rakan belajar yang juga ahli kumpulan assignment semuanya bertebaran di dalam dewan peperiksaan. Semuanya hanya memikirkan hal-ehwal sendiri. Setelah 12 minggu sama-sama belajar dan berkongsi ilmu, cabaran hari ini perlu dihadapi secara nafsi-nafsi. Ucapan ‘good luck’ yang seringkali diucap oleh rakan-rakan sebelum exam sahaja yang dapat didengar sayup-sayup.

Pantang sedikitpun mata ini menjeguk rakan-rakan sebelah, pengawas peperiksaan cepat-cepat menjeling. Sebelum ini seperti seringakali pernah berselisih dengan pengawas-pengawas ini di sekitar kampus dan pernah masing-masing melontar dan membalas senyuman, tapi kali ini tajam jelingannya menyilaukan pandangan. Inilah perasaan yang tidak dapat dielak apabila hendak menghadapi peperiksaan.

Di kala itu, datang satu pertanyaan bagaimana pula dengan peperiksaan yang setiap orang Islam akan hadapi setelah tempoh masa untuk bersiap sedia di pentas dunia ini berakhir. Itulah dia peperiksaan di alam barzakh. Setiap soalan sudah diketahui. Jawapannya juga sudah dikatahui.

Soalannya;
Siapakah Tuhan kamu?
Siapakah Nabi kamu?
Apakah agama kamu?
Apakah kiblat kamu?
Siapakah saudara kamu?
Apakah pegangan iktikad kamu?
Dan apakah kalimah yang kamu bawa bersama-sama kamu?

Jawapannya;
Allah Taala Tuhanku,
Muhammad nabiku,
Islam agamaku,
kitab suci Al-Quran ikutanku,
Baitullah itu kiblatku, malahan solah lima waktu, puasa di bulan Ramadhan,
mengeluarkan zakat dan mengerjakan haji diwajibkan ke atas aku.
Semua orang Islam dan orang yang beriman adalah saudara aku,
bahkan dari masa hidup hingga aku mati aku mengucap:
"La ila ha illallah Muhammad da rasulullah".

Tetapi, sayangnya bukanlah lidah yang menjawab dengan intonasi yang meyakinkan dan sangat lancar seperti jawapan yang seringakali diperdengarkan semasa talkin dibacakan. Tetapi amalan soleh di dunia sahajalah yang akan menjawabnya. Cukupkah lagi?.

1 comments:

tinta said...

salam...

"dan takutlah kamu pada hari ketika tidak seorang pun dapat menggantikan (membela) orang lain sedikit pun, tebusan tidak diterima bantuan tidak berguna baginya dan mereka tidak akan ditolong" [Q2;123]

Apalah sangat dunia ini, kadang2 kita terlalu memandang dunia melebihi segalanya..

Ya Allah jadikanlah hari paling indah pd kami ialah ketika kami bertemu dengan Mu..jauhkan lah dunia ini menjadi puncak tertinggi cita2 kami..


nasihat untuk diri sendiri sbnarnya..