Monday, August 17, 2009

Sahabat

Bijak pandai pernah berkata sahabat umpama duit. Sukar dicari tapi senang hilang dari seseorang.

Ada juga yang mengumpamakan sahabat itu seperti sepasang tangan kiri dan kanan.
Sebelum menjamah makanan, tangan kanan yang menjemput nasi dan mencubit lauk perlu dibasuh. Tangan kiri akan menyinsing lengan baju tangan kanan, kemudian membuka pili untuk membasuh tangan kanan. Tangan kiri akan menggosak tangan kanan sehingga bersih. Setelah dibilas, tangan kiri akan memulas menutup pili air sehingga rapat. Kemudiannya kedua-dua belah tangan akan mengangkat tangan menadah ke langit memohon keberkatan dengan kurniaan rezki yang berana di depan mata sebelum menikmati hidangan. Tangan kanan yang menyentuh nasi, tangan kiri pula bertindak menceduk lauk-pauk yang sesuai menepati citaarasa. Ketika makanan tersangkut di kerongkong, tangan kiri akan mencapai air untuk diminum. Setelah selesai, tangan kanan perlu dibasuh, tangan kiri juga yang akan membantu.
Setelah makan, sudah pasti perut pula akan meragam. Setelah melangkah ke tandas, tangan kiri akan banyak dibantu oleh tangan kanan. Setelah selesai menunaikan hajat, tangan kiri mencuci, manakala tangan kanan pula membantu membuka pili dan menyimbah air untuk membolehkan tangan kiri membasuh sehinggan bersih dan suci. Setelah selesai, tangan kanan pula menghulurkan sabun membantu menyucikan tangan kiri. Masing-masing menggosok di antara satu sama lain. Setelah melangkah keluar dari bilik air, tangan kanan memakaikan jam tangan di tangan kiri, tangan kiri pula menyarungkan cincin di tangan kanan. Masing-masing menghargai di antara satu sama lain. Begitulah betapa akrabnya erti persahabatan sehingga diibaratkan begitu rupa.

Setiap orang mencari sahabat berlainan motifnya. Ada yang bersahabat untuk tujuan rakang kongsi perniagaan, rakan sekerja untuk kepentingan organisasi, rakan ketika masa lapang kerana kebetulan mempunyai hobi yang sama. Biar apapun motifnya, hanya persahabatan yang berlandaskan keimanan dan nawaitunya kerana Allah S.W.T. sahaja sebaik-baik persahabatan. Persahabatan tersebut akan kekal sehingga hari akhirat dan dijamin oleh Allah sebagai salah satu golongan yang akan mendapat perlindungan daripada bahang matahari di padang mahsyar.
Aku pernah mendengar rancangan az-zikra ketika memandu ke pejabat lebih kurang 3-4 minggu yang lalu. Uztaz tersebut menyatakan sekiranya seorang sahabat telah melakukan 4 perkara ini di rumah seorang sahabatnya, itulah tanda-tanda merekalah sahabat yang mempunyai keakraban dan hubungan silaturrahim yang tinggi..

1.Pernah makan dan minum di rumah sahabatnya. Perkara ini tidak menjadi halangan kerana adat ini masih menjadi amalan yang wajib dan mudah dilaksanakan. Setiap orang yang datang ke rumah kita pasti menikmati sedikit makanan. Kadangkala technician yang datang membaikpulih mesin basuhpun dijamu dengan minuman dan kuih-muih.

2. Pernah buang air di rumah sahabatnya. Tuan rumah juga perlulah memastikan bilik air sentiasa bersih untuk tetamu. Bilik air merupakan peribadi sebenar tuan rumah. Kita boleh lihat bilik air yang bersih seperti di Negara Jepun, memang bertepatan dengan sikap rakyatnya yang bersih.

3. Pernah bersolat di rumahnya. Seboleh-bolehnya sembahyang berjemaah bersama-sama (tuan rumah dan tetamu). Alhamdulillah… Nampak begitu indah sekali suasana ini. Apatah lagi setelah solat ada sedikit pengisian tazkirah ringkas yang dapat dikongsi bersama. Inilah amalan yang menjadi contoh terbaik terutamanya kepada anak-anak yang sedang membesar.

4. Pernah tidur di rumah sahabatnya. Perkara ini sukar dilihat sekarang. Amalan ini sesama saudarapun sukar berlaku, apatahlah tetamu yang datang hanya sekadar jawatan sahabat sahaja. Rata-ratanya lebih gemar memilih untuk tidur di hotel. Masing-masing merasakan tidak selesa. Yang hendak menumpang tidur rasa seperti mengganggu tuan rumah, tuan rumah pula rasa seperti tidak mampu memberikan khidmat layanan yang terbaik kepada tetamu. Perkara ini berlaku mungkin kerana kurang kesedaran dan kurang mengetahui betapa besarnya kelebihan kita memenuhi amalan ini. Sekiranya masing-masing dapat memahami betapi besarnya hikmat kita menziarahi dan menginap di rumah sahabatnya dan begitu besarnya hikmat melayani tetamu, sangkaan-sangkaan negative seperti itu hanyalah perkara remeh temeh sahaja.

Renung-renuglah....

Tuesday, July 28, 2009

PERJALANAN BERTEMU NABI MUSA

Post ini adalah sambungan daripada post bertajuk Rahsia Kebahagiaan.

Satu kisah yang boleh diambil pengajaran yang berlaku di zaman nabi Musa a.s. Seorang pemuda yang merupakan pengikut nabi Musa bermusafir menuju ke tempat Nabi Musa untuk menuntut ilmu. Di dalam perjalanannya, pemuda tersebut terserempak dengan seorang perompak yang baru berjinak-jinak melakukan kerja jahat itu.. Perompak itu merampas semua harta yang dimiliki pemuda tersebut. Pemuda tersebut redho dengan ujian Allah ini. Sebelum pemuda tersebut meneruskan perjalanan, perompak itu bertanyakan halatuju perjalanan pemuda tersebut. Pemuda tersebut menjawab, beliau ingin berjumpa dan menuntut ilmu dengan Nabi Musa a.s. Perompak itu berpesan kepada pemuda tersebut supaya bertanyakan kepada Nabi Musa, apakah dirinya layak masuk syurga.

Pemuda tersebut meneruskan perjalanan. Sampai di pertengahan jalan, beliau terserempak dengan seorang wanita tua yang beribadat di dalam gua. Wanita itu memberitahu, beliau beribadat di dalam gua ini kerana suami dan anak-anaknya asyik menggganggu kerja ibadahnya di rumah. Wanita itu bertanya pula ke mana destinasi perjalanan pemuda tersebut. Lalu, dia menjawab ingin bertemu dan menuntut ilmu dengan Nabi Musa. Wanita tua itu berpesan agar pemuda tersebut bertanyakan apakah dirinya layak untuk masuk syurga.

Pemuda tersebut bertemu pula dengan sekumpulan perompak yang sedang merancang melakukan jenayah. Sekumpulan perompak ini sangat tidak berperikemanusian dan sudah terkenal dengan rekod jenayah yang banyak sebelum ini. Mereka yang menyedari kehadiran pemuda tersebut terus menangkap dan ingin merampas apa yang dimiliki olehnya. Pemuda tersebut menyatakan, semua barang yang dimilikinya telah dirompak oleh seorang perompak semasa di awal perjalanannya. Di kesempatan itu, pemuda tersebut menasihatkan sekumpulan perompak itu supaya meninggalkan kerja-kerja merompak itu. Diringkaskan cerita, mereka menyedari kesilapan dan terus bertaubat dan berjanji tidak akan mengulangi dosa tersebut. Akhirnya pemuda tersebut dilepaskan dan diucapkan terima kasih kerana memberi kesedaran kepada mereka terhadap kesalahan dan dosa mereka selama ini. Perompak-perompak itu bertanya kepada pemuda tersebut kemana destinasinya. Jawabnya, ingin berjumpa dan berguru dengan Nabi Musa. Perompak-perompak itu berpesan kepanya agar bertanya kepada Nabi Musa adakah mereka layak memasuki syurga.

Akhirnya pemuda tersebut berjaya sampai dan bertemu dengan Nabi Allah Musa. Dia bertanya kepada Nabi Musa soalan yang dipesan oleh mereka di sepanjang perjalanan. Nabi Musa menjawab, perompak yang pertama tidak layak masuk syurga kerana lupa keburukan yang dilakukannya. Wanita tua yang beribadah di dalam gua itu pula juga tidak layak masuk syurga kerana mengingati keburukan orang lain kepadanya, manakala sekumpulan perompak tadi pula layak untuk memasuki syurga kerana mereka ingat akan kejahatan yang telah dilakukan dan juga mengingati kebaikan pemuda tersebut menasihati mereka.

Alfateh.
28 Julai 2009

Monday, July 13, 2009

Musim Buah - Di Bandar

www.durianss2.com
Kalau bukak laman web tu je nak buat apa. Rasa sendiri baru betui... Kat sini, sekali bayar makanlah sebanyak manapun.

Kami sampai dalam pukul 1.00 petang, nampaknya lori yang bawak buah durian baru sampai. Kalau kami sampai lewat lagi, mungkin dapat rasa buah yang fresh punya. Tak apalah, sebab waktu nipun dah sesuai sangat untuk makan pasal lepas ni kena sambung kerja.

Buah yang dipilih memang sedap. Jenis D2, D28, Kunyit, 101 dan pelbagai lagi. Tapi, bagi aku D28 dah kira puas hati.

Inilah pemenang tempat kedua dalam acara ni (yang paling makan banyak). Cabaran yang diberikan kepada pemenang/johan memang hebat memandangkan orang yang dapat tempat ke-2 nipun asyik membedal je...

Inikah johannya???... bukanlah.
In tempat saguhati je, pasal dia ni baru balik dari kampung. Dah puas makan kat dusun sendiri. So, kali ni kalau istilah ekonominya 'marginal benefit'nya dan berkurang.

Inilah johannya... Tahniah, memang berbaloi. Kekalkan kejuaraan ini untuk kali seterusnya. Nanti ada masa kita lawan lagi. Selepas menikmati buah durian ni, aku dapat belajar satu ilmu baru iaitu minum air garam. Dikatakan air garam ni dapat membantu menyejukkan badan.
Tak pasti keberkesanannya pasal lepas tu naik kereta pasang air-cond.

Musim Buah - Di Kampung

Malaysia dianugerahkan Allah dengan tanah yang subur. Bagi yang hidup di kampung, mememiliki dusun satu kemestian, tetapi mengusahakannya tidak semua yang sanggup. Di kalangan orang kampung yang tahu erti sesuatu pencapaian atau hasil memerlukan usaha ialah ayah aku. Jadi, aku berpeluang menikmati hasil keringat ayah aku yang hidupnya suka berbakti kepada tanah.

Setiap tahun musim buah akan menjelang. Tahun ini, aku pulang ke kampung menikmati pelbagai hasil dusun seperti durian, manggis dan rambutan. Malangnya, dokong dan cempedak belum sampai masanya. Aku pasti akan pulang sekali lagi untuk tidak terlepas peluang ini.

Inilah durian yang 'fresh' baru luruh pagi tadi. Apa lagi, kita bawak balik makan dengan pulut baru best.




Buah ni banyak khasiat. Orang yang tahu khasiatnya menggelarnya raja buah.



Inilah buah dokong yang belum masak. Rendah je ni.. Kalau dah masak memang dah kena pulas ni.

Pondok ni bolehla nak berehat sekejap. Rehat lama-lama buat malu je... Ayah aku dah lebih 50 tahun umurpun tak tau erti penat.


Eleh... yang nipun sibuk nak posing. Makan cukuplah...


Kali ni, ingat kawan-kawan at opis, terpakasa ayat2kan ayah aku nak bawak rambutan balik KL. Apa lagi dia keluarkan gergaji dia, terus tebang pokok rambutan. Angkatlah seberapa banyak nak ambik. Alhamdulillah... sampai jugak ke mulut kawan-kawan yang nak rasa rambutan dari Kedah.

Rahsia Kebahagiaan

Setiap orang mengimpikan kehidupan yang bahagia. Kebahagian suatu perkara yang subjektif. Ada yang mengukur kebahagian itu dengan wang yang banyak, jawatan yang tinggi, kesihatan yang baik dan pelbagai macam lagi. Sungguhpun begitu, matlamat kebahagian yang dicari akhirnya adalah satu ketenangan yang tiada harganya. Realitinya, kita dapat melihat banyak contoh samada dekat dengan kita atau berjauhan, orang yang mempunyai segala-galanya belum tentu mengecapi kehidupan yang bahagia.

Tidak terkecuali jugak, ramai yang cukup teliti menjaga amalan ibadahnya namun masih hidup di dalam kegelisahan. Ketenangan yang diimpikan dirasakan terlalu jauh untuk dikecapi. Semakin banyak melakukan amal ibadah dirasakan semakin gelisah, lantaran semakin banyak ujian daripada Ilahi.

Oleh itu, apa rahsianya? Ramai ahli tasawwuf telah menghalusi dan berbincang tentang perkara ini. Rahsianya; Ingat 2 perkara dan lupakan 2 perkara.

2 perkara yang perlu diingati ialah;
· Kenikmatan yang diberikan oleh Allah kepada kita dan dosa kita kepada Allah
· Kebaikan orang lain kepada kita dan keburukan kita kepada orang lain

2 perkara yang perlu dilupakan ialah;
· Ujian dan musibah yang diturunkan kepada kita dan amal ibadah kita kepadaNya
· Kebaikan kita kepada orang lain dan keburukan orang lain kepada kita

Pokok pangkalnya adalah hati. Hati yang begitu mulia untuk memaafkan orang lain dan keinginan yang tinggi untuk memperbaiki diri. Sebab itulah hati itu diibaratkan seperti raja kepada seluruh anggota badan. Jika baik hati tersebut maka baiklah seluruh dirinya. Hati perlu dididik menjadi baik agar dapat menjadi raja yang baik kepada anggota badan setiap orang. Oleh yang demikian, tidak hairanlah pakar-pakar dalam bidang pendidikan mengungkapkan; ‘Hati kepada pendidikan ialah pendidikan kepada hati’.

Monday, June 29, 2009

Masjid 500 Meter di Hadapan

Dalam setiap perjalanan di tanahair ini seringakali kita melihat begitu banyak masjid. Samada dalam perjalanan dekat berulang-alik ke tempat kerja ataupun perjalanan jauh semasa pulang ke kampung atau bercuti ZOOM Malaysia. Kalau tidak kelihatan masjid yang lokasinya tidak di tepi jalan utama, pasti ada papan tanda yang menunjukkan arah ke masjid tersebut. Begitulah banyaknya bilangan masjid di tanahair kita ini.

Jika diperhatikan pengunjungnya pula selain daripada datang untuk menunaikan solat, ada 4 tujuan lain yang selalu kita perhatikan. Tujuan ini bukanlah satu tujuan yang dirancang rapi, tapi berlaku secara kebetulan ataupun dalam keadaan terpaksa.

1. Untuk membuang air. Kalau tak jumpa stesyen minyak yang ada kemudahan tandas percuma, inilah tempatnya. Tanpa perlu bayaran dan keadaannya cukup selesa.

2. Untuk tidur. Setalah mencari tempat penginapan yang sesuai tidak ditemui ataupun ingin menjimatkan kos, masjid akan dijadikan sasaran. Kalau nasib baik lepas solat subuh keesokannya ada sarapan pagi disediakan.

3. Untuk upacara akad nikah. Majlis ini dihadiri oleh ramai sanak-saudara. Ada yang tidak menutup aurat, malahan ada yang jahil sehingga masuk ke masjid dalam keadaan berhadas besar. Selepas selesai upacara akah nikah, bila disuruh sembahyang sunat baru tahu pengantin ber’cuti’.

4. Untuk disembahyangkan jenazahnya. Inilah tujuan yang paling hebat kerana kedatangannya bukan sahaja disambut dengan pelbagai zikir dan doa, malahan kedatangnya diletakkan di hadapan imam.

Apa yang dibimbangkan sekarang, pengunjung tetap rumah Allah ini kebanyakannya dikalangan warga emas. Di manakah golongan muda yang bakal menjadi pemimpin masyarakat pada masa akan datang ketika solat fardhu berjamaah. Kalau tidakpun setiap waktu, sekurang-kurangnya ketika ada masa terluang setelah pulang kerja.

Kalau diperhatikan lebih jauh, di dalam majlis ilmu selepas solat maghrib kita dapat melihat tuan guru yang mengajar lebih muda daripada ahli jemaah. Tak sempat habis ilmu yang perturunkan kepada anak murid, anak murid dah pergi dahulu menemui Ilahi. Ahli jemaah atau anak murid ini pula nampaknya lebih alim daripada tuan guru. Mana tidaknya, tuan guru datang dengan membawa kitab, tapi anak murid hanya bertangan kosong. Berbeza dengan waktu dahulu, kehebatan guru datang dengan ilmu di dada, mankala anak murid membawa kitab menadah ilmu.

Benarlah keegoaan musuh Allah sambil menabik dada mendakwa, sekiranya setiap masjid tidak dipenuhi dengan orang Islam ketika sembahyang fardhu maka selagi itulah umat Islam tidak akan dapat merampas kembali masjidilAqsa.

Wednesday, June 24, 2009

Keberkatan Hidup

Dua buah kisah ini saya ambil dari e-mail yang dikirim oleh sahabat saya. Semoga ianya menjadi pengajaran dan panduan berguna untuk kita mencari kebahagiaan di dunia dan akhirat.
____________________________________
Kisah-1
Ketika belajar di Universiti Kebangsaan Malaysia , Salleh (bukan nama sebenar) telah bertemu jodoh dengan isterinya Siti Rahmah (bukan nama sebenar). Salleh mengambil jurusan kejuruteraan manakala Siti Rahmah Mengambil bidang perakaunan. Sekarang mereka telah 15 tahun berkahwin Dan Dikurniakan Allah dengan 7 orang anak.

Beberapa bulan yang lepas saya Berkunjung ke rumah Salleh di Kajang. Kebetulan pada pagi Ahad itu selepas Solat Subuh di Masjid Kajang saya bertemu dengan Salleh. Dia terus mengajak Saya ke rumahnya. Dia menyewa rumah teres setingkat tidak jauh dengan Masjid.Saya mengenalinya sejak hampir 10 tahun yang lalu. Pagi itu tidak sedar Kami telah berbual-bual hampir lima jam. Saya ingin berkongsi tentang Keluarga Salleh ini yang pada saya satu contoh keluarga yang mendapat Keberkatan Allah.

1. Salleh bekerja makan gaji Dan pendapatan bersihnya sebulan kurang dariRM3000.

2. Isterinya adalah anak sulung, walaupun berkelulusan ijazah namun menjadi Suri rumah sepenuh masa atas kehendak Salleh. Sebagai penghargaan kerana Isterinya sanggup tidak bekerja, Salleh memberikan RM300 sebulan kepada Ibu-bapa mertuanya setiap bulan.

3. Di samping itu Salleh juga memberi kepada ibunya di kampung RM200 Sebulan. Bapa Salleh telah meninggal dunia.

4. Dia memiliki Toyota Unser dengan ansuran RM500 sebulan.

5. Dia membayar rumah sewa RM400 sebulan.

6. Di rumahnya serba lengkap dengan perabot (TV, Peti Sejuk, Mesin Basuh,Set Sofa) serta teratur Dan kemas.

7. Pelik tetapi benar, bil elektrik di rumahnya kurang dari RM20 sebulanSedangkan jirannya tidak pernah kurang dari RM60. TNB dah buat pemeriksaan Bahawa meter di rumahnya tidak rosak. Begitu juga dengan bil air kurang Dari RM10 sebulan..

8. Empat orang anaknya dihantar ke sekolah agama integrasi.

9. Bayangkan dia boleh hidup dengan Selesa walaupun gajinya kecil jika di Nisbahkan dengan keluarganya yang agak besar.

Sejak berkawan dengannya Ada beberapa perkara yang saya lihat jadi amalan Dia yang patut di contohi;
1. Solat Duha menjadi amalan hariannya walaupun ketika pergi outstation

2. Solat Istikharah menjadi suatu amalan walaupun nak membeli benda yang Kecil seperti nak membeli mesin basuh.

3. Sering membaca Surah Al-Waqiah

4. Tidak terlibat langsung dengan sistem Riba . Dia menggunakan Kredit Kad Bank Islam. Pinjaman kereta pun menggunakan sistem pinjaman Islam.

5. Buat baik kepada Ibu bapa Dan Ibu Bapa mertuanya .

6. Suka menolong orang Dan memberi derma

7. Semua anak-anaknya mempunyai akhlak yang baik dan jarang kena sebarang penyakit.

8. Dia dah empat tahun menggunakan Toyota Unser, sekali pun tidak pernah rosak atau menyusahkannya.

9. Segala masalah yang dihadapi dapat diselesaikan dengan mudah dan cepat.


Kisah-2
Ketika saya bujang dahulu saya sering menziarahi kawan saya, Norizam (bukan Nama sebenar) yang tinggal di Masai Johor. Pada Hari Ahad itu saya sampai Di rumah Norizam selepas waktu Asar. Norizam memperkenalkan Abang dia, Rashid (bukan nama sebenar) yang baru sampai dari Kuala Lumpur . Rashid Berkunjung ke rumah Norizam kerana untuk menghadiri temuduga pada pagi Isnin di Johor Baru.

Kawan saya Norizam ini, dalam beberapa hal dia tidak berpuas hati dengan Abangnya. Kadang kala saya tidak suka mendengar dia merungut tentang Abangnya. Petang itu Norizam merungut lagi iaitu abangnya datang untuk Temuduga kerja sebagai Pengurus Besar (General Manager). Gaji Rashid Sekarang ialah RM10,000 sebulan. Katanya tidak mencukupi. Dia akan mintaGaji sebanyak RM14,000 sebulan untuk tempat baru ini. Saya pun berasa hairan gaji RM10,000 sebulan tidak mencukupi sedangkan Hanya mempunyai dua orang anak sahaja.

Beberapa tahun kemudian baru saya tahu kenapa gaji abangnya RM10,000 tidak mencukupi. Ini Ada kaitan dengan tiada keberkatan hidup.Perkara-perkara yang pada pandangan saya menyebabkan Rashid jadi susah ialah seperti berikut;
1. Banyak sangat terlibat dengan sistem Riba . Pinjaman Kereta, Kad Kredit,Pinjaman Rumah, Akaun Simpanan semuanya Sistem Konvensional (Riba)

2. Menggunakan banyak kad kredit konvensional kemudian bayar pokok sahaja. Bermakna memakan riba yang berterusan.

3. Sering bertukar kereta sebab kereta selalu bermasalah walaupun kereta baru (masalah kena curi dan kemalangan jalan raya)

4. Sering bertengkar dengan isteri.

5. Isteri sering masuk hospital kerana penyakit misteri.

6. Anak perempuan sulungnya yang di tingkatan tiga kena tangkap basah.

7. Suka menengking jika ada orang mintak derma.

8. Soal sembahyang lima waktu dipandang sebelah mata sahaja.

Hidup ini tidak boleh lari daripada proses membuat keputusan. Oleh yang demikian buatlah keputusan untuk memilih jalan yang diberkati dan diredhoiNya....

Alfateh.
24/6/2009.

Sunday, June 7, 2009

KENANGAN KURSUS

Alhamdulillah. Berakhirlah kursus IRBM-JICA Criminal Investigation mulai 2 hingga 5 Jun 2009 di Akademi Percukaian Malaysia. Walaupun jadualnya cukup padat tetapi ilmu yang dicurahkan sangatlah berguna dan sukar diperolehi di tempat lain. JICA adalah agensi yang ditubuhkan di Jepun untuk membantu negara membangun dengan pelbagai bentuk kerjasama. Salah satu diantaranya, JICA dengan kepakaran National Tax Agency, Japan menyumbangkan kepakaran dalam bidang percukaian kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia. Negara matahari terbit itu yang telah melaksanakan Sistem Taksir Sendiri sejak tahun 1947 sudah semestinya layak berkongsi kepakaran kepada LHDNM yang baru sahaja melaksanakan STS ini mulai tahun 2001.

Selain daripada sistem penguatkuasaan undang-undang percukaian yang sangat digeruni oleh rakyat Jepun, sistem pendidikan di negara itu juga telah mendidik kepentingan membayar cukai kepada rakyatnya sejak dari bangku sekolah lagi. Menjadi satu kebanggaan kepada empunya diri sekiranya menunaikan tanggungjawab sebagai rakyat untuk turut sama membantu membangunkan negara.

Walaupun kadar kesedaran dan kepatuhan yang tinggi di kalangan rakyatnya terhadap kewajipan membayar cukai, terdapat sebilangan kecil yang tidak terlepas daripada sikap tidak bertanggungjawab. 'Case study' yang dibentangkan adalah diolah daripada kes sebenar yang diselesaikan dengan kaedah dan teknik siasatan terkini. Ilmu penyiasatan yang telah dibentangkan sangatlah berguna namun ada juga yang perlu diubahsuai sedikit-sebanyak bagi menyesuaikan dengan keadaan Malaysia. Malaysia tidak mustahil akan mencapai tahap keberkesanan dan kecekapan NTA, Japan ini sedikit masa lagi jika dilihat kepada perkembangan dan kerjasama yang berjalan mutakhir kini.

Sedikit gambar kenang-kenangan untuk tatapan para pembaca.

Di hadapan; penceramah Mr Teruo Nakano, Chief, Riview Section, Criminal Investigation Division, NTA, Japan dan penterjemah Ms Rika Watanabe.

Makan malam bersama KP Hasil Dalam Negeri Malaysia; Dato' Hasmah Abdullah (kanan sekali). Berdiri; Ms Kasumi Miura, Depannya; Mr Muroya, berT-shirt jalur; Mr Masato Yamamoto, Kiri sekali; Pn Siti Rosnah.

Ms Kasumi Miura, Investigator, International Division (Criminal Investigation), TRTB, Japan beramah mesra dengan KP Hasil Dalam Negeri Malaysia semasa majlis makan malam.

Tanda penghargaan kepada salah seorang penceramah. Pengarah Akademi Percukaian Malaysia menyampaikan cenderahati kepada Mr koichi Muroya, Assistant Director, Criminal Investigation Division, NTA, Japan.


Majlis Penutup dan Penyampaian Sijil. Wakil JICA (Japan Interntional Corpoation Agency) menyampaikan ucapan.

alif mim alif nun ta'

Saidina Umar Al Khattab suatu malam keluar bersama Saidina Usman Ibnu Affan melihat rakyat jelata dan keadaan semasa. Ketika sampai di pertengahan perjalanan, mereka melihat satu kafilah perdagangan yang sarat dengan muatan dalam perjalanan menuju ke arah pasar. Selepas seketika, para pedagang tersebut berhenti berehat sehingga terlena di pertengahan perjalana tersebut. Saidina Umar dan Saidina Usman yang melihat keadaan tersebut mendekati kafilah perdagangan tersebut mendapati tiada sesiapun di antara mereka yang berjaga. Oleh itu, Saidina Umar dan Saidina Usman merenung di antara satu sama lain dan memutuskan untuk menjadi penjaga kepada barang-barang dagangan tersebut. Di kala waktu subuh hampir tiba, Saidina Umar mengejutkan para pedagang tersebut untuk bersiap sedia menunaikan solat Subuh.

Peristiwa ini berlaku di zaman pemerintahan Saidina Umar dan Baginda menjalankan tugas sebagai ‘pak guard’ pada masa tersebut kerana rasa tanggungjawab atas amanah yang dipikulnya memastikan keselamatan dan kesejahteraan rakyat jelata sentiasa dipelihara. Begitulah besarnya nilai AMANAH kepada seorang Sahabat kepada junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W yang terkenal sebagai A-Amin (orang yang beramanah).

Perkataan amanah ini seringkali kita lupa dek istilah lain yang seringkali menjadi bahan pujian. Sebagai contoh, apabila kita melihat kehebatan seseorang itu mendapat markah yang tinggi dalam peperiksaan, kepandaiannya dijadikan satu asas kepada status yang sangat tinggi di kalangan rakan-rakan. Contoh-contoh lain sangat banyak mutakhir ini kerana setiap penganjur akan wujudkan pelbagai jenis anugerah tidak cukup dengan anugerah utama. Fenomena ini, jika terlalu mengagongkan kejayaan tanpa didasarkan kepada sikap amanah akan mempromosikan pepatah lama "membujur lalu melintang patah". Dari segi perspektif yang lain pula, ada pekerja atau pelajar sangat beramanah dalam menjalankan tanggungjawab yang digalas, namun amanah yang perlu dipikul sebagai hamba Allah dipandang rendah dan menyusahkan seperti memikul sekam padi yang memiangkan. Keseimbangan dalam persoalan amanah untuk urusan duniawi dan ukhrawi adalah penentu kepada kebahagian di dunia dan akhirat.

Kepentingan amanah ini jelas jika dilihat pada sifat wajib bagi nabi meletakkan sifat amanah mendahului sifat fathonah (cerdik). Walaupun ianya 5 huruf, tetapi melaksanakannya dengan sebaik mungkin bukanlah semudah lima langkah atau lima perkataan tetapi menuntut kepada satu pengorbanan dan jihad yang istiqamah.

Nasihat untuk diri sendiri. Tidak ada kena mengena dengan yang masih hidup ataupun sudah meninggal dunia.

Alfateh.

Monday, June 1, 2009

Bersediakah kita?

Berdebarnya perasaan ini bila melangkah ke dewan peperiksaan. Semua peralatan dan bahan-bahan yang tidak berkaitan perlu diletakkan berjauhan. Yang tinggal di atas meja hanyalah alatulis dan calculator sahaja. Rakan-rakan belajar yang juga ahli kumpulan assignment semuanya bertebaran di dalam dewan peperiksaan. Semuanya hanya memikirkan hal-ehwal sendiri. Setelah 12 minggu sama-sama belajar dan berkongsi ilmu, cabaran hari ini perlu dihadapi secara nafsi-nafsi. Ucapan ‘good luck’ yang seringkali diucap oleh rakan-rakan sebelum exam sahaja yang dapat didengar sayup-sayup.

Pantang sedikitpun mata ini menjeguk rakan-rakan sebelah, pengawas peperiksaan cepat-cepat menjeling. Sebelum ini seperti seringakali pernah berselisih dengan pengawas-pengawas ini di sekitar kampus dan pernah masing-masing melontar dan membalas senyuman, tapi kali ini tajam jelingannya menyilaukan pandangan. Inilah perasaan yang tidak dapat dielak apabila hendak menghadapi peperiksaan.

Di kala itu, datang satu pertanyaan bagaimana pula dengan peperiksaan yang setiap orang Islam akan hadapi setelah tempoh masa untuk bersiap sedia di pentas dunia ini berakhir. Itulah dia peperiksaan di alam barzakh. Setiap soalan sudah diketahui. Jawapannya juga sudah dikatahui.

Soalannya;
Siapakah Tuhan kamu?
Siapakah Nabi kamu?
Apakah agama kamu?
Apakah kiblat kamu?
Siapakah saudara kamu?
Apakah pegangan iktikad kamu?
Dan apakah kalimah yang kamu bawa bersama-sama kamu?

Jawapannya;
Allah Taala Tuhanku,
Muhammad nabiku,
Islam agamaku,
kitab suci Al-Quran ikutanku,
Baitullah itu kiblatku, malahan solah lima waktu, puasa di bulan Ramadhan,
mengeluarkan zakat dan mengerjakan haji diwajibkan ke atas aku.
Semua orang Islam dan orang yang beriman adalah saudara aku,
bahkan dari masa hidup hingga aku mati aku mengucap:
"La ila ha illallah Muhammad da rasulullah".

Tetapi, sayangnya bukanlah lidah yang menjawab dengan intonasi yang meyakinkan dan sangat lancar seperti jawapan yang seringakali diperdengarkan semasa talkin dibacakan. Tetapi amalan soleh di dunia sahajalah yang akan menjawabnya. Cukupkah lagi?.

Thursday, May 28, 2009

ULANGTAHUN KEMENANGAN SULTAN MUHAMMAD AL-FATEH

Petikan ini diambil daripada sebuah laman www.harakahdaily.net pada 28/05/2009.
Cerita ini sangat bermakna kepada saya kerana baginda Sultan Muhammad Al-Fateh merupakan tokoh penting dan idola dalam hidup saya. Sejarah baginda menjadi post pertama dalam penghasilan blog ini.

________________________________________
Hari ini, 546 tahun yang silam, Muhammad bin Murad melukir satu sejarah dengan menawan kota yang sangat kuat pertahanannya - Konstantinapole.
Tulisan ini cuba melihat bagaimana seorang pemimpin seperti Muhamad Murad yang kemudiannya diberikan gelaran Muhammad Al Fatih, telah berjaya dilahirkan. Adakah di sana satu metod tertentu untuk mencetak pemimpin seperti beliau dan bagaimanakah cara untuk berbuat demikian.

Peribadi dan kepimpinan Muhammad Al Fatih menunjukkan beliau mempunyai ciri berikut;

a. Asuhan dan disiplin Islam yang kuat
b. Mempunyai matlamat hidup yang ingin dijayakan
c. Kehendak yang kuat
d. Sabar dan ketahanan ruhani yang kuat
e. Pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan untuk misinya, atau mendapatkan bantuan pakar dalam bidang masing-masing bagi tujuan melengkapkan skil berkenaan
f. Ibadah dan pergantungan yang kuat dengan Pencipta

Sebelum isu ini dikupas lebih lanjut, kita tinjau dulu bentuk pertahanan Kota Konstantinapole itu sendiri yang sangat menakjubkan;

Kota ini berbentuk tiga segi. Dua bahagian kota menghadap laut iaitu Selat Bosporus dan Laut Marmara. Bahagian daratan dilingkungi oleh sebuah benteng yang sangat kukuh;

a. Bahagian luar kota dilingkungi oleh sebuah parit besar. Dalamnya 10 meter dan lebarnya 60 meter
b. Ada dua tembok iaitu tembok luar dan tembok dalam. Tembok luar sahaja setinggi 25 kaki dan setebal 10 meter
c. Tembok dalam pula setinggi 40 kaki tinggi dan 15 meter tebal
d. Terdapat menara kawalan sepanjang tembok dalam dengan ketinggian 60 meter!
e. Terdapat 400 batalion tentera terlatih mengawal tembok ini sepanjang masa

Dengan kedudukan pertahanan seperti itu, hampir mustahil untuk tembok ini dicerobohi.

Di bahagian laut pula, terdapat rintangan rantai besi yang kuat diletakkan di Selat Bosporus yang digunakan untuk menghalang kapal-kapal melepasinya.

Konstantinapole telah menjadi ibu kota Empayar Bizantin untuk berkurun-kurun dan dikenali sebagai kota yang paling makmur dan terkaya di Eropah. Ia terletak di pertemuan antara Asia dan Eropah dan Laut Mediterranean dan Laut Hitam. Justeru, ia sangat strategik baik dari segi perdagangan mahupun geo politik.

Sejak Rasulullah s.a.w mengungkapkan bahawa nanti Kota penting ini akhirnya akan jatuh di tangan seorang pemerintah yang terbaik, memimpin tentera yang terbaik sepanjang zaman, telah banyak percubaan dibuat untuk menawan kota ini, namun tidak berjaya. Sahabat seperti Abu Ayub al Ansari juga telah berusaha dan mereka telah mengepung kota ini selama tujuh tahun, tetapi masih gagal.

Hanya 800 tahun selepas sabda Nabi yang Mulia itu, sabda yang menakjubkan ini menjadi kenyataan. Sultan Muhammad bin Murad yang kemudian lebih masyhur dengan gelaran Sultan Muhammad al Fatih telah memulakan pengepungan ke atas Konstantinapole pada hari Khamis, 5 April 1453 dan berjaya membuka kota ini pada 29 Mei 1453, hari tulisan ini dipostkan.

Sungguhpun pengepungan ini berlangsung selama hampir dua bulan sahaja, program penaklukan ini telah berjalan lama!

Ia bermula apabila bapa Sultan Muhammad Al Fatih, Sultan Murad memilih guru-guru yang terpilih untuk mendidik anak raja ini, yang waktu itu, se orang anak yang nakal.

Sejak berumur sembilan tahun, Sultan Muhammad telah mengalami pendidikan disiplin yang ketat. Rasa bebas dan nakal sebagai anak raja yang masih kecil mula berakhir apabila bapa baginda memberikan kebebasan kepada guru-guru beliau untuk membentuk dan mendidik Muhammad.

Rotan turut digunakan oleh gurunya untuk mendisiplinkan anak ini. Dalam satu kejadian, Muhammad telah sengaja dirotan dengan teruknya tanpa sebarang kesalahan yang dilakukan oleh beliau.

Tujuan guru beliau berbuat demikian ialah untuk membentuk perasaan belas kasihan dan sikap adil dan saksama dalam jiwa bakal Sultan ini. Supaya nanti baginda dapat mengambil keputusan berpaksikan keadilan dan memahami perasaan orang-orang yang tidak diperlakukan dengan adil!

Sultan Muhammad dibimbing untuk menghafal al-Qur'an. Dilatih untuk sembahyang malam. Dibentuk menjadi wara' dan zuhud. Diasuh mencintai ilmu dan ulama'. Mempunyai budi pekerti yang baik dan perasaan yang halus. Keunggulan pendidikan keruhanian Sultan Muhammad ternyata apabila baginda akan dilantik menggantikan bapanya secara rasmi sebagai pemerintah Kesultanan Uthmaniah, beliau menangis teresak-esak.

Gurunya lah yang telah mengarahkan beliau menerima tanggungjawab itu atas hujah bahawa seorang berkaliber seperti beliau wajib memikul amanah ummah dan itu jihad dan ibadah yang lebih besar.

Pendidikan Sultan Muhammad di istana baginda hampir komprehensif. Sebagai bakal raja dalam persekitaran Eropah dan pusat perdagangan dan diplomatik, baginda dapat berbahasa lebih dari lima bahasa.

Sudah tentu baginda fasih dalam bahasa Arab.

Baginda juga diajar matapelajaran sejarah, geografi dan astronomi. Pakar ketenteraan juga diundang untuk memberikan pendedahan ketenteraan kepada beliau.

Lama sebelum program pembebasan Konstantinapole dimulakan, Muhammad al-Fateh telah berbincang dengan pakar sejarah dan ketenteraan mengenai sebab-sebab kegagalan ekpedisi penawanan Konstantinapole sebelum ini.

Apa rahsia kekuatan pertahanan kota itu dianalisis. Bagaimanakah caranya untuk mengatasi halangan-halangan itu juga dibincangkan.

Dari perbincangan itu, antara lain mereka mengenal pasti hal berikut;

a. Dinding tembok itu terlalu tebal dan pada waktu itu belum ada teknologi yang boleh meruntuhkannya. Sultan Muhammad telah mengarahkan dicari satu teknologi yang boleh meruntuhkan tembok itu.

Tentera baginda akhirnya berjaya mencipta meriam yang paling canggih dengan bantuan seorang pakar senjata bangsa Hungary yang telah diculik dari kurungan dalam penjara Konstantinapole dengan mengorek lubang bawah tanah yang dalam dan panjang!.

Berat setiap meriam ciptaan baru ini ialah 700 pauns! Ia perlu ditarik oleh 100 ekor kuda dan seratus orang tentera. Bila diletupkan, bunyinya boleh didengar sejauh 13 batu! Setiap tembakannya akan menyebabkan tembok yang kuat berlubang seluas enam kaki. Nah! Benteng besar itu sekarang telah menemui ruasnya.

b. Rantai besi yang kuat yang dirintangi menghalang laluan kapal. Ia menghalang bantuan dan pergerakan melalui laut.

Sultan Muhammad telah mencipta satu plan luar biasa mengatasi halangan ini. Ia adalah antara rekod sejarah yang menakjubkan dari segi kreativiti dan kekuatan keinginan seorang pemimpin. Baginda mengarahkan pembinaan kapal di daratan. Dibuat pada sebelah malam supaya tidak disedari oleh musuh.

Mesti disiapkan dalam masa yang singkat. Kapal ini diluncurkan dari daratan sejauh 5km ke lautan dengan meletakkannya tergelunsur di atas batang-batang kayu yang telah diatur dan telah diminyakkan untuk melicinkan perjalanan kapal-kapal itu.

Pada masa yang telah ditetapkan, kapal-kapal ini dilancarkan dari daratan dan muncul di depan Kota Konstantinapole sebelah lautan dengan melepasi rantai besi yang telah terpasang! Ia memeranjatkan tentera musuh. 400 kapal musuh terbakar dan serangan dari lautan berjalan serentak dengan pengepungan sebelah daratan.

c. Lazimnya bila tentera sampai di pantai menghadap Kota ini, mereka terdedah kepada serangan musuh kerana kawasan yang terbuka dan jika sekiranya satu benteng pertahanan mengelakkan serangan hendak dibina, ia memakan masa selama setahun.

Sultan Muhammad telah mengarahkan benteng pertahanan menghadap tembok kota Konstantinapole itu dibina dalam masa tiga bulan dengan menggunakan segala teknik pembinaan semasa yang canggih.

Benteng Rumeli Hissari dibina di tebing sebelah Eropah, lebih kurang 5 batu dari Kota Konstantinople di mana Selat Bosphorus adalah yang paling sempit. Ia dibina bertentangan dengan Benteng Anadolu Hisar di tebing sebelah Asia yang telah dibina oleh Sultan Bayazid Yildirim dahulu.

Ia memang berjaya disiapkan seperti direncanakan.

Dari mana kekuatan keinginan seorang pemimpin ini diperolehi oleh Sultan Muhammad?

Gurunya bukan sekadar menyuntikkan kekuatan ruhani kepada bakal Sultan in, tetapi juga telah menyuntik sikap terbuka terhadap teknik dan teknologi baru yang diperlukan untuk misi mereka. Mereka juga menyuntik sikap berminda strategik dan kreatif.

Sultan Muhammad dapat menganalisis dengan tepat permasaalahan dan mencari jalan penyelesaian terhadap setiap permasalahan itu secara praktikal sebelum melancarkan misinya.

Tetapi yang paling penting, sejak kecil lagi guru-guru baginda telah membentuk minda baginda untuk merasakan dirinya lah yang disebutkan oleh Rasulullah s.a.w sebagai raja terbaik yang memimpin tentera terbaik yang akan dapat membebaskan Konstantinbapole.

Sasaran, visi dan misi yang jelas, yang disuntikkan ke dalam minda baginda ternyata berkesan. Dari kecil, Sultan Muhammad mengimpikan bagindalah pembebas itu!

Baginda bergerak selari dengan impian ini. Akhirnya, ia adalah sebuah kenyataan.

Dari sudut kepimpinan, bapa baginda seorang yang berpandangan jauh. Sejak umur 14 tahun, Muhammad telah diminta menguruskan empayar dengan alasan, bapanya ingin menumpukan kepada ibadah.

Namun, dalam dua keadaan kritikal, bapa baginda pulang semula untuk memimpin Kerajaan Uthmaniah. Selepas ancaman kritikal itu diatasi, Muhammad diberikan peluang untuk menguruskan semula empayar yang sedang berkembang itu.

Melalui pendedahan berbentuk bimbingan ini, Muhammad terlatih menjadi pemimpin yang berkualiti.

Ditambah, sepanjang hayat baginda, guru-guru baginda yang menjadi rujukan keruhanian dan kebijaksanaan, sentiasa bersama baginda. Hatta, ketika pengepungan kota itu berlangsung, gurunya mengimamkan solat hajat semua tentera Sultan Muhammad.

Melihat 150,000 tentera Islam berbaris rapi untuk bersolat di luar kota itu, cukup untuk menakutkan musuh yang sedang berkawal dalam kota!

Pada hari pembukaan Kota Kontantinapole yang bersejarah itu, Sultan Muhammad bersujud syukur.

Sepanjang kempen, baginda tidak putus-putus mengarahkan tenteranya bertakbir dan melaungkan slogan-slogan bersemangat, termasuk motivasi berasaskan hadis Nabi bahawa Konstantinapole akan dibebaskan oleh tentera yang terbaik dan merekalah tentera terbaik yang dijanjikan oleh Nabi itu.

Pada kali pertama solat Jumaat hendak didirikan di dalam Kota Konstantinapole yang baru sahaja dibebaskan, timbul pertanyaan siapa yang layak menjadi imam solat Jumaat yang pertama itu.

Baginda memerintahkan kesemua tenteranya termasuk dirinya berdiri dan diikuti pertanyaan: "Siapa di antara kita sejak baligh hingga sekarang pernah meninggalkan solat fardhu walau sekali sila duduk!".

Tiada seorang pun yang duduk, kerana tidak seorang pun di antara mereka pernah meninggalkan solat fardhu.

Pertanyaan seterusnya, "Siapa di antara kita yang sejak baligh hingga kini pernah meninggalkan solat sunat rawatib sila duduk!".

Sebahagian daripada tenteranya duduk. Kemudian Baginda bertitah, "Siapa di antara kamu sejak baligh hingga ke saat ini pernah meninggalkan solat tahajjud walaupun satu malam, sila duduk!".

Kali ini semuanya duduk, kecuali baginda sendiri sahaja yang tetap berdiri! Subhaanallah!

Baginda tidak pernah meninggalkan solat fardhu, Solat Sunat Rawatib dan Solat Tahajud sejak baligh. Tepatlah janji Rasulullah s.a.w dan kota ini kemudian bertukar nama kepada Istanbul.

Sekarang, marilah kita mengenali secara ringkas guru-guru yang berjasa besar membentuk Sultan Muhammad.

Pertama, Ahmad 'ibn Ismail Al-Kori:

Guru istimewa ini menunjukkan role model kepada Sultan Muhammad. Seorang yang wara', tidak menyembah Sultan sama seperti orang lain memberikan tunduk hormat, memanggil nama Sultan dan kerabat mereka dengan nama mereka masing-masing tanpa sebarang panggilan gelaran, Bersalaman dengan mereka tanpa mencium tangan mereka. Sepanjang Ramadhan, Sultan Muhammad menghadhiri kelas mentafsir ayat-ayat Al Qur'an yang diadakan di istana baginda selepas solat zuhur, dengan guru-guru yang bersilih ganti.

Ahmad ibn Ismail lah yang mengajarkan Al Qur'an, hukum-hukum agama dan kepatuhan padanya. Ia juga membentuk rasa takwa dalam jiwa Sultan Muhammad dengan berbagai cara, termasuk nasihat-nasihat yang berkaitan dengan tugas pemerintah.

Kedua ialah Sheikh Muhammad bin Hamzah al-Rrouhy, lebih dikenali sebagai Ba'q Shamsuddin. Beliau meninggalkan kesan yang sangat mendalam terhadap keperibadian Sultan Muhammad.

Beliau telah menginspirasikan Sultan MUhammad meningkatn aktiviti dakwah dan keislaman di bawah Empayar Othmaniah sebagai satu cara memperkuatkan empayar tersebut.

Beliaulah yang paling giat meyakinkan Sultan Muhammad bahawa beliau adalah raja terpilih seperti yang dimaksudkan oleh Rasulullah s.a.w dalam sabdanya itu.

Selain mengajarkan teras-teras ilmu Islam, Shamsuddin juga bertanggungjawab mengajar sains, matematik, sejarah, strategi perang, astronomi dan lain-lain.

Beliaulah yang telah merotan Muhammad di masa kecil tanpa sebab. Beliaulah yang mententeramkan Sultan Muhammad yang menangis kerana enggan menjadi raja. Beliaulah yang telah ditanya oleh Sultan Muhammad samada beliau boleh bersara selepas lama memerintah kerana ingin menumpukan kepada ibadah tetapi dijawab, ibadah sebagai Sultan yang adil adalah lebih berharga lagi.

Shamsuddin meletakkan insipirasi dalam dada Sultan, memberikan baginda tujuan dan misi pemerentahan yang jelas dan bersama baginda sehingga cita-cita itu tercapai.

Kerana itu lah, beliau dikenali sebagai Penakluk Ruhani Konstantinapole. Guru yang merancang lahirnya seorang pemimpin dan terukirnya sebuah sejarah. Insan pada sisi lain Sultan Muhammad al-Fatih.

Wednesday, May 27, 2009

Jasa Baik Tetap Dikenang



Pada 23 Mei 2009, ramai pelajar yang berjaya menerima tawaran untuk melanjutkan pengajian di peringkat asasi UiTM telah mendaftarkan diri. Suasana yang gembira dan ceria jelas kelihatan di wajah semua pelajar yang berjaya menjejakkan kaki ke menara gading ini. Masing-masing membawa beg pakaian, baldi dan bantal menuju ke bilik yang telah ditetapkan. Ibu-bapa pula berjalan mengiringi anak dengan lagak yang cukup berhati-hati dibimbangi tersalah langkah jesteru kegembiraan yang tidak dapat diluahkan lagi. Inilah antara nikmat dan rezki yang patut disyukuri oleh setiap yang berjaya.

Di setiap penjuru laluan yang ditempuhi oleh pelajar dan waris di dalam urusan pendaftaran ini diletakkan dengan petugas-petugas minggu orientasi yang sedia membantu dan memberikan panduan yang sebaiknya supaya proses pendaftaran ini berjalan lancar. Tanpa mereka sudah pasti kesulitan yang berlaku boleh menjejaskan selurus proses pendaftaran ini. Syabas kepada para petugas minggu orientasi ini. Semoga jasa baik dan pertolongan yang diberikan dibalas oleh Allah Yang Maha Esa.

Monday, May 18, 2009

KISAH PENJUAL TEMPE

Ada sebuah kampung di pedalaman Tanah Jawa. Disitu ada seorang perempuan tua yang sangat kuat beribadat. Pekerjaannya ialah membuat tempe dan menjualnya di pasar setiap hari.. Ia merupakan satu-satunya sumber pendapatannya untuk menyara hidup. Tempe yang dijualnya merupakan tempe yang dibuatnya sendiri.

Pada suatu pagi, seperti biasa, ketika beliau sedang bersiap-siap untuk pergi menjual tempenya, tib a tiba dia tersedar yang tempenya yang diperbuat daripada kacang soya hari itu masih belum menjadi, separuh jadi.Kebiasaannya tempe beliau telah masak sebelum bertolak. Diperiksanya beberapa bungkusan yang lain. Ternyatalah kesemuanya belum masak lagi.

Perempuan tua itu berasa amat sedih sebab tempe yang masih belum menjadi pastinya tidak akan laku dan tiadalah rezekinya pada hari itu. Dalam suasana hatinya yang sedih, dia yang memang kuat beribadah teringat akan firman Tuhan yang menyatakan bahawa Tuhan dapat melakukan perkara-perkara ajaib,bahawa bagi Tuhan tiada yang mustahil. Lalu diapun mengangkat kedua tangannya sambil berdoa , "Tuhan , aku memohon kepadaMu agar kacang soya ini menjadi tempe . Amin"

Begitulah doa ringkas yang dipanjatkan dengan sepenuh hatinya.. Dia sangat yakin bahawa Tuhan pasti mengabulkan doanya. Dengan tenang perempuan tua itu menekan-nekan bungkusan bakal tempe dengan hujung jarinya dan dia pun membuka sikit bungkusan itu untuk menyaksikan keajaiban kacang soya itu menjadi tempe . Namun, dia termenung seketika sebab kacang tu masih tetap kacang soya.

Namun dia tidak putus asa, sebaliknya berfikir mungkin doanya kurang jelas didengar oleh Tuhan. Maka dia pun mengangkat kedua tangannya semula dan berdoa lagi. "Tuhan, aku tahu bahawa tiada yang mustahil bagiMu. Bantu lah aku supaya hari ini aku dapat menjual tempe kerana inilah mata pencarianku. Aku mohon agar jadikanlah kacang soyaku ini kepada tempe , Amin".

Dengan penuh harapan dan debaran dia pun sekali lagi membuka sedikit bungkusan tu. Apakah yang terjadi? Dia termangu dan hairan apabila tempenya masih tetap begitu!! Semen tara itu hari pun semakin meninggi sudah tentu pasar sudah mula didatangi ramai orang. Dia tetap tidak kecewa atas doanya yang belum terkabul. Walaubagaimanapun kerana keyakinannya yg sangat tinggi dia bercadang untuk tetap pergi ke pasar membawa barang jualannya itu. Perempuan tua itu pun berserah pada Tuhan dan meneruskan pemergian ke pasar sambil berdoa dengan harapan apabila sampai di pasar kesemua tempenya akan masak.

Dia berfikir mungkin keajaiban Tuhan akan terjadi semasa perjalanannya ke pasar. Sebelum keluar dari rumah, dia sempat mengangkat kedua tangannya untuk berdoa. "Tuhan, a ku percaya, Engkau akan mengabulkan doaku. Sementara aku berjalan menuju ke pasar, Engkau kurniakanlah keajaiban ini buatku, jadikanlah tempe ini. Amin". Lalu dia pun berangkat. Di sepanjang perjalanan dia tetap tidak lupa membaca doa di dalam hatiny a. Sesampai sahaja di pasar, segera dia meletakkan barang-barangnya. Hatinya betul-betul yakin yang tempenya sekarang mesti sudah menjadi. Dengan hati yg berdebar-debar dia pun membuka bakulnya dan menekan-nekan dengan jarinya setiap bungkusan tempe yang ada.

Perlahan-lahan dia membuka sedikit daun pembungkusnya dan melihat isinya. Apa yang terjadi? Tempenya masih belum menjadi!! Dia pun kaget seketika lalu menarik nafas dalam-dalam. Dalam hatinya sudah mula merasa sedikit kecewa dan putus asa kepada Tuhan kerana doanya tidak dikabulkan. Dia berasakan Tuhan tidak adil. Tuhan tidak kasihan padanya, inilah satu-satunya punca rezekinya, hasil jualan tempe . Dia akhirnya cuma duduk sahaja tanpa mempamerkan barang jualannya sebab dia berasakan bahawa tiada orang yang akan membeli tempe yang baru separuh menjadi. Sementara itu hari pun semakin petang dan pasar sudah mulai sepi, para pembeli sudah mula kurang.

Dia meninjau-ninjau kawan-kawan sesama penjual tempe , tempe mereka sudah hampir habis. Dia tertunduk lesu seperti tidak sanggup menghadapi kenyataan bahawa hari ini tiada hasil jualan yang boleh dibawa pulang. Namun jauh d i sudut hatinya masih menaruh harapan terakhir kepada Tuhan, pasti Tuhan akan menolongnya. Walaupun dia tahu bahawa pada hari itu dia tidak akan dapat pendapatan langsung, namun dia tetap berdoa buat kali terakhir, "Tuhan,berikanlah penyelesaian terbaik terhadap tempeku yang belum menjadi ini."

Tiba-tiba dia dikejutkan dengan teguran seorang wanita.

"Maaf ya, saya ingin bertanya, Makcik ada tak menjual tempe yang belum menjadi? Dari tadi saya sudah pusing keliling pasar ini untuk mencarinya tapi masih belum berjumpa lagi." Dia termenung dan terpinga-pinga seketika. Hatinya terkejut sebab sejak berpuluh tahun menjual tempe , tidak pernah
seorang pun pelanggannya mencari tempe yang belum menjadi. Sebelum dia menjawab sapaan wanita di depannya itu, cepat-cepat dia berdoa di dalam hatinya"Tuhan, saat ini aku tidak mahu tempe ini menjadi lagi. Biarlah tempe ini seperti semula, Amin".

Sebelum dia menjawab pertanyaan wanita itu, dia membuka sedikit daun penutup tempenya. Alangkah seronoknya dia, ternyata memang benar tempenya masih belum menjadi! Dia pun ra sa gembira dalam hatinya dan bersyukur pada Tuhan. Wanita itu pun memborong habis kesemua tempenya yang belum menjadi itu. Sebelum wanita tu pergi, dia sempat bertanya wanita itu, "Mengapa hendak membeli tempe yang belum jadi?" Wanita itu menerangkan bahawa anakn ya yang kini berada di England teringin makan tempe dari desa. Memandangkan tempe itu akan dikirimkan ke England ,si ibu tadi kenalah membeli tempe yang belum jadi lagi supaya apabila sampai di England nanti akan menjadi tempe yang sempurna. Kalau dikirimkan tempe yang sudah menj adi, nanti di sana tempe itu sudah tidak elok lagi dan rasanya pun kurang sedap.

Perempuan tua itu pun kehairanan dan berfikir rupa-rupanya doanya sudah pun dimakbulkan oleh Tuhan.

Moral:

Pertama: Kita sering memaksakan kehendak kita kepada Tuhan sewaktu berdoa, padahal sebenarnya Tuhan lebih mengetahui apa yang kita perlukan dan apa yang terbaik untuk diri kita.

Kedua:. Sentiasalah berdoa dalam menjalani kehidupan seharian kita sebagai hambaNya yang lemah. Jangan sekali-kali berputus asa terhadap apa yang dipinta. Percayalah bahawa Tuhan akan mengabulkan doa kit a sesuai dengan rancanganNya yang mungkin di luar jangkaan kita.

Thursday, April 30, 2009

Renungan di Kala Senja

Fuhhh!!! Lega rasanya... Lancar sedikit perjalananku selepas ini. Aku berjaya melepasi kawasan yang sentiasa berlaku kesesakan lalulintas. Setiap hari aku berjaya melepas kawasan ini semasa pulang dari tempat kerja, terasa sungguh lapang dada ini. Bagaikan semua masalah yang berserabut telah hilang bersama hilangnya kilauan lampu merah tanda kereta dihadapan sedang menekan brek. Begitulah perjalanan pulang yang perlu ditempuh dari Shah Alam ke Kuala Lumpur.

Selepas seketika, aku menelusuri jalan yang dihimpit kiri kanannya dengan rumah kediaman. Pelbagai bentuk rumah dan begitulah juga dengan penghuninya. Seperti telah tersurat, aku seringkali menelusuri jalan ini di waktu senja menjelang. Sekejap sahaja lagi laungan azan maghrib akan dikumandangkan menandakan masuknya waktu maghrib bagi kawasan KL dan kawasan-kawasan yang sewatu dengannya.

Apakah hari ini aku juga akan melihat perkara yang sama akan berlaku? Rupa-rupanya begitulah juga keadaannya. Seorang lelaki lewat usia dengan berseluar pendek, masih termenung di hadapan pagar rumahnya. Duduk di atas tembok sambil merenung sekeliling walaupun semua jirannya sudah bersiap sedia berpakaian segak untuk mengimarahkan rumah Allah yang tidak jauh dari situ. Usianya nampak seperti sudah melepasi 58 tahun. Rambutnya kusut, berselipar jamban dan berwajah muram. Sudah lebih setahun aku memerhatikan ‘fenomena’ ini berulang kali dan rasanya orang ini bukanlah tidak siuman.

Wednesday, April 29, 2009

Kambing Hitam & Kambing Putih

Seorang gembala sedang menggembalakan biri-birinya yang berbulu hitam dan berbulu putih. Dia kemudian didatangi seorang pemuda lalu bertanya:

Pemuda : “Baguskah ternakan biri-biri engkau. Boleh tak
saya tanya beberapa soalan?”
Gembala : “Oh, boleh saja”

Pemuda : “Berapa jauh biri-biri ni berjalan setiap hari?”
Gembala : “Yang mana, yang putih atau yang hitam?”

Pemuda : “Yang putih”
Gembala :”Ah, yang putih berjalan lebih kurang enam kilometer setiap hari”

Pemuda : “Dan yang hitam?”
Gembala : “Yang hitam pun sama.”

Pemuda : “Dan berapa banyak rumput mereka makan setiap hari?”
Gembala : “Yang mana, yang putih atau yang hitam?”

Pemuda : “Yang putih.”
Gembala : “Ah, yang putih makan lebih kurang empat kilo rumput setiap hari.”

Pemuda : “Dan yang hitam?”
Gembala : “Yang hitam pun sama.”

Pemuda : “Dan berapa banyak bulu yang mereka hasilkan setiap tahun?”
Gembala : “Yang mana, yang putih atau yang hitam?”

Pemuda : “Yang putih.”
Gembala : “Aaa…menurut perkiraan saya, yang putih menghasilkan sekitar enam kilo bulu setiap tahun kalau mereka dicukur.”

Pemuda : “Dan yang hitam?”
Gembala : “Yang hitam pun sama.”

Pemuda : (Dengan perasaan geram ) “Kenapa engkau membezakan biri-biri engkau yang putih dengan yang hitam setiap kali nak jawab soalan saya, padahal jawapan semuanya sama saja”
Gembala :”Mestilah saya beza-bezakan sebab biri-biri yang putih itu adalah milik saya.”

Pemuda : “Ooo, begitu, fahamlah saya,kalau yang hitam tu pulak siapa punya?”
Gembala : “Yang hitam pun sama, saya punya juga”

Pemuda : (benggang, geleng kepala dan berlalu)

Tuesday, April 28, 2009

HAKIKATNYA....

Allah adalah Pencipta, Penguasa dan Pemilik 'alam semesta. Allah telah mencipta manusia dan menyediakannya tempat tinggal sementara di muka bumi. Allah telah mengurniakan manusia 'aqal untuk berfikir serta telah memberi kepadanya kemampuan untuk membezakan di antara yang haq dengan yang batil. Manusia juga telah diberikan kebebasan dengan daya ikhtiyar dan hak memilih malah ia juga diberikan kuasa untuk menggunakan sumber sumber 'alam mengikut cara yang disukainya.


Manusia telah ditugaskan untuk menjadi khalifah Allah di muka bumi. Oleh itu ia dituntut untuk beriman dan patuh kepada segala perintah dan peraturan peraturan yang ditetapkan oleh Nya. Dengan 'aqal, daya ikhtiyar dan kemampuan memilih manusia bebas sama ada untuk beriman atau kufur kepada Allah. Tetapi manusia diingatkan bahawa tempat mereka di bumi tidak kekal. Manusia ditetapkan untuk tinggal di atas muka bumi hanya sebagai satu tempat persediaan.


Untuk membolehkan manusia melaksanakan tugasnya maka Allah mengutuskan kepada manusia para rasul dan nabi nabi beserta syari'at dan kitab kitab sebagai panduan dan bimbingan hidup mereka. Rasulullah s.a.w adalah rasul yang terakhir membawa syari'at dan kitab terakhir bagi panduan seluruh manusia hingga ke akhir zaman.


Manusia diperintahkan beriman kepada Rasulullah s.a.w. Dia dituntut untuk menyebarkan risalah Islam yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w. Manusia yang beriman ditugaskan untuk menyeru manusia manusia yang telah terseleweng untuk kembali kepada jalan yang benar. Manusia juga dituntut agar membina diri dan membangunkan seluruh masyarakatnya menurut ajaran yang telah ditunjukkan oleh Rasulullah s.a.w.


Apabila tiba masanya setiap manusia akan mati. Selepas itu apabila telah tiba masanya seluruh 'alam ini pula dibinasakan oleh Allah. Sebaik sahaja manusia dibangkitkan semula, semua manusia akan dikumpulkan untuk dihisab. Pada Hari itu tahulah manusia tempat kediaman mereka yang sebenar di Akhirat.

Sunday, April 26, 2009

Cara Mengendalikan Kesan Tekanan

Jika anda mengalami simptom tekanan atau menyedari bahawa anda berada dalam situasi yang menimbulkan tekanan, anda boleh meminimumkan banyak daripada kesan fizikalnya dengan menggunakan teknik bantu diri yang mudah ini.

1. Cepat sakit kepala
Dapatkan mandian air hangat atau berbaring dengan senyap selama beberapa jam untuk melegakan sakit kepala.

2. Denyutan jantung
Bernafas dalam-dalam dan perlahan untuk menggalakan degupan jantung kembali normal.

3. Kehilangan selera
Makanlah bahagian kecil makanan yang menyelerakan dan makanlah perlahan-lahan.

4. Pernafasan cepat
Cuba bernafas untuk bertenang atau bernafas dalam sebuah beg kertas yang besar.

5. Perpeluhan
Longgarkan pakaian yang ketat dan tanggalkan sebarang pakaian yang berlebihan.

6. Kerap membuang air kecil
Hadkan pengambilan cecair, terutamanya teh dan kopi, jika anda mengetehui yang anda beada dalam keadaan tekanan.

Saturday, April 25, 2009

WUDHU' ZAHIR DAN BATIN

Seorang ahli ibadah bernama Isam Bin Yusuf, sangat warak dan khusyuk solatnya. Namun, dia selalu khuatir kalau-kalau ibadahnya kurang khusyuk dan selalu bertanya kepada orang yang dianggapnya lebih ibadahnya, demi untuk memperbaiki dirinya yang selalu dirasainya kurang khusyuk.

Pada suatu hari, Isam menghadiri majlis seorang abid bernama Hatim Al-Assam dan bertanya, "Wahai Aba Abdurrahman, bagaimanakah caranya tuan solat?"

Hatim berkata, "Apabila masuk waktu solat, aku berwudhu' zahir dan batin."

Isam bertanya, "Bagaimana wudhu' zahir dan batin itu?"

Hatim berkata, "Wudhu' zahir sebagaimana biasa iaitu membasuh semua anggota wudhu' dengan air".

Sementara wudhu' batin ialah membasuh anggota dengan tujuh perkara :-
* Bertaubat
* Menyesali dosa yang telah dilakukan
* Tidak tergila-gilakan dunia
* Tidak mencari/mengharap pujian orang (riya')
* Tinggalkan sifat berbangga
* Tinggalkan sifat khianat dan menipu
* Meninggalkan sifat dengki.

Seterusnya Hatim berkata, "Kemudian aku pergi ke masjid, aku kemaskan semua anggotaku dan menghadap kiblat.

Aku berdiri dengan penuh kewaspadaan dan aku rasakan:
1.aku sedang berhadapan dengan Allah,
2.Syurga di sebelah kananku,
3.Neraka di sebelah kiriku,
4.Malaikat Maut berada di belakangku, dan
5.aku bayangkan pula aku seolah-olah berdiri di atas titian 'Siratal mustaqim' dan menganggap bahawa solatku kali ini adalah solat terakhir bagiku, kemudian aku berniat dan bertakbir dengan baik."

"Setiap bacaan dan doa didalam solat, aku faham maknanya kemudian aku rukuk dan sujud dengan tawadhuk, aku bertasyahud dengan penuh pengharapan dan aku memberi salam dengan ikhlas. Beginilah aku bersolat selama 30 tahun."

Apabila Isam mendengar, menangislah dia kerana membayangkan ibadahnya yang kurang baik bila dibandingkan dengan Hatim.

Friday, April 24, 2009

9 + 1(ramai yang tidak perasan)

Umar al-Khattab r. a berkata, terdapat 9 jenis anak syaitan:

1. Zalituun
Duduk di pasar/kedai supaya manusia hilang sifat jimat cermat. Menggoda supaya manusia berbelanja lebih dan membeli barang-barang yang tidak perlu.

2. Wathiin
Pergi kepada orang yang mendapat musibah supaya bersangka buruk terhadap Allah.

3. A'awan
Menghasut sultan/raja/pemerintah supaya tidak mendekati rakyat. Seronok dengan kedudukan/kekayaan hingga terabai kebajikan rakyat dan tidak mahu mendengar nasihat para ulama.

4. Haffaf
Berkawan baik dengan kaki botol. Suka menghampiri orang yang berada di tempat-tempat maksiat (cth: disko, kelab mlm & tempat yg ada minuman keras).

5. Murrah
Merosakkan dan melalaikan ahli dan orang yg sukakan muzik sehingga lupa kepada Allah. Mereka ini tenggelam dalam keseronokan dan glamour etc.

6. Masuud
Duduk di bibir mulut manusia supaya melahirkan fitnah, gosip, umpatan dan apa sahaja penyakit yg mula dari kata-kata mulut.

7. Daasim (BERILAH SALAM SEBELUM MASUK KE RUMAH...)
Duduk di pintu rumah kita. Jika tidak memberi salam ketika masuk ke rumah, Daasim akan bertindak agar berlaku keruntuhan rumahtangga (suami isteri bercerai-berai,
suami bertindak ganas, memukul isteri, isteri hilang pertimbangan menuntut cerai, anak-anak didera dan pelbagai bentuk kemusnahan rumah tangga lagi).

8. Walahaan
khususnya ketika berwuduk dan solat dan menjejaskan ibadat-ibadat kita yg lain.

9. Lakhuus
Merupakan sahabat orang Majusi yang menyembah api/matahari.

10. Isetan. ( YANG PALING BAHAYA DAN DITAKUTI )
Sebuah pasaraya yg terkemuka di seluruh duniawi. terdapat di sekitar Lembah klang, singapore, Beijing &.....
Kebaikan: Memberi potongan harga pada Karnival jualan Keburukan: Melalaikan manusia bershopping sehingga lupa waktu sembahyang dan lupe yg lakinya dah tunggu kat kereta.

Sunday, March 1, 2009

CINTA KEPADA RASULULLAH

Ummat Islam baru menyambut ulangtahun Maulidurrasul. Tarikh memperingati kelahiran kekasih Allah ini sebenarnya satu milestone untuk kita menyemak kembali perjalanan hidup di alam fana (akan binasa) sebagai musafair ke alam baqo (yang kekal abadi).

Lahirnya ke dunia tanpa tangisan. Sudah dikhatankan. Dalam keadaan 'nazifan' (tidak kotor dengan setitik darahhpun). Talipusat sudah terpotong. Ibu baginda langsung tidak merasai kesakitan semasa melahirkan baginda.

Jasanya bukan sahaja membawa kesejahteraan di dunia, malahan menjamain keselamatan di akhirat. Sungguh memalukan sekiranya kita tidak mencintai kekasih Allah ini sedangkan bukan sahaja orang kafir mengasihinya malahan binatangpun turut mengasihi baginda.

Ketika Rasulullah hidup, baginda seringkali memberi makan kepada seorang yahudi yang tua dan buta di pasar Madinah. Setelah kewafatan baginda, Saidina Abu Bakar ingin meneruskan amalan Rasulullah ini.
Ketika Abu Bakar menyuapkan kurma ke mulut orang Yahudi ini,
Orang yahudi ini bertanya; Siapakah kamu?
Jawab Abu Bakar; Aku seorang khalifah yang memerintah kerajaan ketika ini.
Balas orang Yahudi itu; sebab itulah tidak sama. Masa dulu selepas aku telan buah kurma ini barulah aku disuapkan dengan yang baru kerana aku tiada gigi untuk mengunyah dengan cepat. Siapakah orang sebelum engkau itu?
Jawab Abu Bakar; Itulah Rasulullah...
Selepas orang Yahudi itu tahu, terus mengucap kalimah "LAA ILAAHA ILLALLAH"

Kisah lain berlaku selepas Perang Khaibar, iaitu peperangan menentang tentera Yahudi. Hasil rampasan perang ini, baginda memperolehi seekor kaldai.
Baginda bertanya; Siapa nama kamu?
Jawab kaldai itu; Nama aku ialah Ya'bur.
Baginda memberitahu; Sekarang aku menjadi tuanmu. Bagaimana hidupmu dengan tuanmu yang lalu.
Jawab Ya'bur; Aku selalu disakiti oleh tuanku. Aku selalu dipukul. Kadang-kala akupun sengaja menjatuhkan dia kerana ingin membalas kembali kezalimannya.
Sepanjang tempoh baginda menjadi tuan kepada Ya'bur ini, Ya'bur begitu senang sekali berbakti kepada tuannya sehinggalah baginda wafat.
Setelah Ya'bur mengetahui kewafatan baginda, Ya'bur menangis sehingga berlinangan air mata. Kasih Ya'bur kepada baginda tidak ada galang gantinya. Akhirnya akibat terlalu sedih Ya'bur terjun ke dalam sebuah perigi buta kerana tidak sanggup menjadi tunggangan kepada orang lain.

Begitulah 2 kisah ringkas yang boleh kita ambil iktibar. Untuk menambah kecintaan kepada Rasulullah ini, marilah kita sama-sama mempelajari sirah baginda agar kita merasakan diri ini lebih dekat dan bertambah kasihnya kepada baginda.

Akhir kata renugkanlah kata-kata pujangga di bawah ini;
Kejahatan yang dibalas dengan kejahatan namanya DENDAM
Kebaikan yang dibalas dengan kejahatan ertinya ZALIM
Kejahatan yang dibalas dengan kebaikan itulah MULIA dan TERPUJI

Belajarlah Daripada Lebah

Lima Perkara Tentang Lebah

1. memilih sumber yang baik-baik
Lebah tidak akan mendapatkan sumber untuk menghasilkan madu daripada sumber-sumber yang kotor. Lebah akan memilih bunga-bunga yang terbaik sahaja untuk menghasilkan madu lebah.

2. mengeluarkan hasil yang baik-baik
Madu lebah yang dihasilkan sangat berguna terutamanya dalam penjagaan kesihatan. Khasiatnya terbukti dapat menyembuhkan pelbagai penyakit malah baik dalam mengekalkan kesihatan apabila dijadikan amalan mengambilnya setiap hari.

3. menyerang apabila diganggu / dijolok
Sifat lebah ini tidak akan menyerang kecuali diganggu. Kalau tidak dijolok lebah tidak akan mengganggu sesiapapun.

4. memastikan tempat yang dihinggap kekal baik apabila hendak meninggalkannya
Lebah yang kepenatan terbang mencari bunga akan hinggap untuk berehat di ranting-ranting kayu. Lebah ini akan pastikan ranting tempat yang dihinggapnya tidak akan rosak malah tercalarpun dipastikannya tidak berlaku.

5. menyiapkan sarangnya sehingga dapat menghasilkan madu kemudian akan berpindah ke tempat lain untuk menghasilkan madu yang baru
Inilah sifat lebah yang sangat mulia. Ianya akan berusaha menyiapkan sarangnya sehingga menghasilkan madu lebah tanpa kenal erti putus asa. Selepas itu lebah tersebut akan berpindah ke tempat lain untuk menghasilkan madu kali yang seterusnya. Lebah tetap berjasa walaupun hasil usahanya kemudiannya dinikmati oleh orang lain.

alfateh.

Saturday, February 7, 2009

SULTAN MUHAMMAD ALFATEH

HADIS RASULLAH SAW TENTANG PEMBEBASAN CONSTANTINOPLE
Sabda Rasulullah s.a.w. ketika menggali Parit Khandaq; “..Constantinople (kini Istanbul) akan jatuh ke tangan tentera Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja, tenteranya adalah sebaik-baik tentera……” (Hadis riwayat Imam Ahmad)

Di bawah ini adalah satu artikel yang dikirimkan kepada saya oleh seorang rakan. Disiarkan semula di sini untuk tatapan pembaca. Ditambah beberapa keping gambar yang diambil dari Turki untuk dikongsikan.
_______________________________________________

Umat Islam berlumba-lumba membebaskan Constantinople untuk mendapatkan penghormatan yang dijanjikan oleh Allah swt di dalam Hadis tersebut. Walau bagaimanapun, kesemua kempen yang dilancarkan menemui kegagalan. Di antaranya, 5 kempen di zaman Kerajaan Umayyah, 1 kempen di zaman Kerajaan Abbasiyah dan 2 kempen di zaman Kerajaan Usmaniyah. Di dalam salah sebuah kempen semasa zaman Kerajaan Umayyah, seorang sahabat besar Nabi saw iaitu Abu Ayyub Al Ansary ra telah syahid dan dimakamkan di bawah dinding kubu Kota Constantinople di atas wasiatnya sendiri. Apabila ditanya kenapa beliau ingin dimakamkan di situ maka beliau menjawab, “Kerana aku ingin mendengar derapan tapak kaki kuda sebaik-baik raja yang akan mengetuai sebaik-baik tentera semasa mereka membebaskan Constantinople”. Begitulah teguhnya iman seorang sahabat besar Nabi saw. Hadis Nabi saw ini direalisasikan hampir 800 tahun kemudiannya oleh Sultan Muhammad Al Fatih, khalifah ke-7 Kerajaan Usmaniyyah dan 150,000 orang tenteranya. Siapakah Sultan Muhammad Al Fatih? Apakah kehebatan Baginda dan tentera-tenteranya sehingga disebut “sebaik-baik raja” dan “sebaik-baik tentera” di dalam hadis tersebut.

PENGENALAN Baginda dilahirkan pada 29 Mac 1432 Masihi di Adrianapolis (sempadan Turki - Bulgaria). Walau bagaimanapun, sejarah hidup Baginda sebenarnya telah bermula hampir 800 tahun sebelum kelahirannya kerana telah disebut sebagai “sebaik-baik raja” di dalam Hadis tadi. Baginda juga dikenali dengan gelaran Muhammad Al Fatih kerana kejayaannya membebaskan Constantinople. Baginda menaiki takhta ketika berusia 19 tahun dan memerintah selama 30 tahun (1451 - 1481). Baginda merupakan seorang negarawan ulung dan panglima tentera agung yang memimpin sendiri 25 kempen peperangan. Baginda mangkat pada 3 Mei 1481 kerana sakit gout. Ada ahli sejarah berpendapat Baginda mangkat diracun.

PENDIDIKAN Baginda menerima pendidikan yang menyeluruh dan bersepadu. Di dalam bidang keagamaan, gurunya adalah Syeikh Shamsuddin Al Wali dikatakan dari keturunan Sayyidina Abu Bakar As-Siddiq ra. Di dalam ilmu peperangan pula, Baginda diajar tentang tektik peperangan, memanah dan menunggang kuda oleh panglima-panglima tentera.

Di dalam bidang akademik pula, Baginda adalah seorang cendekiawan ulung di zamannya yang fasih bertutur dalam 7 bahasa iaitu Bahasa Arab, Latin, Greek, Serbia, Turki, Parsi dan Hebrew. Di dalam bidang Ilmu Pemerintahan pula, ayahanda Baginda , Sultan Murad II, dengan tujuan mendidik, semasa pergi bersuluk ke Pulau Magnesia, telah melantik Baginda yang baru berusia 12 tahun memangku jawatan Khalifah. Dalam usia semuda ini Baginda telah matang menangani tipu helah musuh.
KEPERIBADIAN Baginda sentiasa bersifat tawadhu’ dan rendah diri . Semasa membina Benteng Rumeli Hissari, Baginda membuka baju dan serbannya, mengangkat batu dan pasir hingga ulamak-ulamak dan menteri-menteri terpaksa ikut sama bekerja Baginda seorang yang sentiasa tenang, pendiam, berani, sabar, tegas dan kuat menyimpan rahsia pemerintahan. Baginda sangat cintakan ulamak dan selalu berbincang dengan mereka tentang permasalahan negara.
PERSIAPAN AWAL MEMBEBASKAN CONSTANTINOPLE Selama 2 tahun selepas menaiki takhta, Baginda mengkaji pelan Kota Costantinople setiap malam bagi mengenal pasti titik kelemahannya. Baginda juga mengkaji sebab-sebab kegagalan kempen-kempen terdahulu serta berbincang dengan panglima-panglima perangnya tentang tentang strategi yang sesuai untuk digunakan. Baginda mengarahkan dibina peralatan perang termoden seperti meriam besar yang boleh menembak bom 300 kg sejauh 1 batu. Benteng Rumeli Hissari dibina di tebing sebelah Eropah, lebih kurang 5 batu dari Kota Constantinople di mana Selat Bosphorus adalah yang paling sempit. Ia dibina bertentangan dengan Benteng Anadolu Hisar di tebing sebelah Asia yang telah dibina oleh Sultan Bayazid Yildirim dahulu. Benteng ini mengawal rapi kapal-kapal yang melintasi Selat Bosphorus. Perjanjian damai dibuat dengan pihak Wallachia, Serbia dan Hungary untuk memencilkan Constantinople apabila diserang nanti. Baginda membawa bersama para ulamak dan pakar motivasi ke medan perang bagi membakar semangat jihad tenteranya. Sebaik sahaja menghampiri dinding kubu Kota Constantinople, Baginda mengarahkan dilaungkan Azan dan solat berjemaah. Tentera Byzantine gentar melihat 150,000 tentera Islam bersolat di belakang pemimpin mereka dengan laungan suara takbir memecah kesunyian alam.
MELANCARKAN SERANGAN KE ATAS CONSTANTINOPLE Setelah segala persiapan lengkap diatur, Baginda menghantar utusan kepada Raja Bizantin meminta beliau menyerah. Keengganan beliau mengakibatkan kota tersebut dikepung. Pada 19 April 1453, serangan dimulakan. Kota tersebut hujani peluru meriam selama 48 hari. Setengah dinding luarnya rosak tetapi dinding tengahnya masih teguh. Menara Bergerak Seterusnya Baginda mengarahkan penggunaan menara bergerak yang lebih tinggi dari dinding kubu Byzantine dan memuatkan ratusan tentera. Tentera Byzantin berjaya memusnahkan menara tersebut setelah ianya menembusi dinding tengah kubu mereka.
Bantuan Dari Pope Vatican
Pope di Rome menghantar bantuan 5 buah armada yang dipenuhi dengan senjata dan tentera. Perairan Teluk Golden Horn direntang dengan rantai besi untuk menghalang kemaraan armada Usmaniyah. Ini menaikkan semula semangat tentera Bizantin. Melancarkan Kapal Perang Dari Puncak Gunung Kegembiraan mereka tidak lama. Keesokan paginya, mereka dikejutkan dengan kehadiran 72 buah kapal perang Usmaniyah di perairan Teluk Golden Horn. Ini adalah hasil kebijaksanaan Baginda mengangkut kapal-kapal ke atas gunung dan kemudian diluncurkan semula ke perairan Teluk Golden Horn. Tektik ini diakui sebagai antara tektik peperangan (warfare strategy) yang terbaik di dunia oleh para sejarawan Barat sendiri. Kapal-kapal itu kemudiannya membedil dinding pertahanan belakang kota.
Kapal-kapal perang tentera Byzantin habis terbakar kerana bedilan meriam Usmaniyah. Pertahanan Byzantin menjadi semakin lemah. Baginda mengambil kesempatan pada malamnya dengan memberikan semangat kepada tenteranya serta mengingatkan mereka kepada Hadis Rasulullah saw dan bersama-sama berdoa kepada Allah swt.
Memanjat dan Melastik Dinding Kota
Keesokan paginya tentera Usmaniyah cuba memanjat dinding dalam kubu dengan tangga dan cuba merobohkannya dengan lastik besar. Tentangan sengit pihak Byzantin menyebabkan ramai yang syahid. Baginda memerintahkan tenteranya berundur dan bedilan meriam diteruskan sehingga tengahari.
Karisma Seorang Pemimpin

Pengepungan selama 53 hari tanpa sebarang tanda-tanda kejayaan telah menimbulkan rasa bosan dan menghilangkan keyakinan tentera Baginda. Pada saat yang genting ini Baginda berucap menaikkan semangat tenteranya, “Wahai tenteraku, aku bersedia untuk mati di jalan Allah. Sesiapa yang mahu syahid ikutlah aku!”.
Mendengarkan itu, Hasan Ulubate, salah seorang tentera Baginda mengetuai sekumpulan kecil 30 tentera membuka dan melompat masuk ke dalam kubu musuh lantas memacak bendera Islam di situ. Mereka kesemuanya gugur syahid setelah dihujani anak panah musuh. Kemudian tentera-tentera Islam menyerbu bertali arus menembusi barisan pertahanan Byzantin sambil melaungkan kalimah Allahu Akbar.
Penawanan Constantinople
Pada 29 Mei 1453, Kota Constantinople jatuh ke tangan Islam. Baginda menukar namanya kepada Islambol (Islam keseluruhan) . Gereja Besar St Sophies ditukar kepada Masjid Aya Sofiya. Baginda dengan tawadhuknya melumurkan tanah ke dahinya lalu melakukan sujud syukur. Semenjak peristiwa inilah Baginda diberi gelaran “Al Fatih” iaitu yang menang kerana kejayaannya membebaskan Constantinople.
SEBAIK-BAIK RAJA DAN SEBAIK-BAIK TENTERA
Pada kali pertama solat Jumaat hendak didirikan, timbul pertanyaan siapa yang layak menjadi imam. Baginda memerintahkan kesemua tenteranya termasuk dirinya bangun lantas bertanya, “Siapa di antara kita sejak baligh hingga sekarang pernah meninggalkan solat fardhu walau sekali sila duduk!”. Tiada seorang pun yang duduk, kerana tidak seorang pun di antara mereka pernah meninggalkan solat fardhu.
Baginda bertanya lagi, “Siapa di antara kita yang sejak baligh hingga kini pernah meninggalkan solat sunat rawatib sila duduk!”. Sebahagian daripada tenteranya duduk.
Kemudian Baginda bertanya lagi, “Siapa di antara kamu sejak baligh hingga ke saat ini pernah meninggalkan solat tahajjud walaupun satu malam, sila duduk!”. Kali ini semuanya duduk, kecuali Sultan Muhammad Al-Fatih sendiri. Baginda tidak pernah meninggalkan solat fardhu, Solat Sunat Rawatib dan Solat Tahajjud sejak baligh . Inilah dia anak didikan Syeikh Shamsuddin Al Wali. Bagindalah sebaik-baik raja yang telah diisyaratkan oleh Rasulullah saw di dalam Hadisnya itu.